KUALA LUMPUR: Adalah penting untuk melihat isu berkaitan peletakan jawatan dalam kalangan pegawai perubatan kontrak (MO) dalam perkhidmatan awam dalam pelbagai perspektif berbeza, dengan memahami bahawa angka-angka yang ditampilkan mungkin tidak menggambarkan betapa rumit keadaan secara keseluruhannya, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, kementerian itu berkata tindakan merumuskan peningkatan peletakan jawatan MO sebagai semata-mata disebabkan oleh salah urus dan mengaitkannya dengan dasar yang cacat, mungkin terlalu memudahkan penyelesaian isu.
"Walaupun lonjakan peletakan jawatan MO kontrak yang dilaporkan memang seharusnya diberi perhatian, tumpuan semata-mata pada angka-angka ini hanya akan menonjolkan naratif sepihak semata-mata," katanya.
"Apa yang kelihatan terlepas pandang ialah penurunan jumlah peletakan jawatan dalam kalangan MO yang dilantik secara tetap, menurun daripada 915 pada 2019 kepada 342 pada 2022. Selain itu, pengurangan tenaga kerja yang ketara di KKM diimbangi oleh pengesahan pelantikan tetap 857 MO kontrak baru-baru ini, seperti yang diumumkan pada Jan. 22, 2022.
"Untuk memahami konteks penuh, adalah penting untuk menilai dinamik kedua-dua peletakan jawatan dan pelantikan dalam tenaga kerja penjagaan kesihatan," menurut kenyataan itu.
Kementerian berkata ramai juga MO yang menamatkan kontrak kerana memilih untuk melanjutkan pelajaran atau menceburi sektor swasta.
"Kepelbagaian pilihan ini menunjukkan bahaw kerjaya dalam bidang perubatan berkembang melewati semata-mata sektor awam.
Walaupun menghadapi cabaran untuk mengekalkan MO terlatih untuk terus berada dalam sektor awam, kementerian melihat perubahan profesional ini secara positif, selaras dengan semangat Kertas Putih Kesihatan bagi mengukuhkan perkongsian awam-swasta.
"Walaupun tidak berkhidmat dan meneruskan kepakaran dalam sektor awam, MO ini terus menyumbang kepada ekosistem penjagaan kesihatan dalam pelbagai kapasiti," katanya.
KKM turut mengakui bahawa baki MO yang telah meletak jawatan daripada perkhidmatan awam sering mengatakan soal peribadi sebagai alasan pemergian mereka, termasuk menukar profesion, menemani pasangan ke negara asing, dan menangani isu perubatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
Walaupun menghadapi cabaran untuk mengekalkan MO terlatih untuk terus berada dalam sektor awam, kementerian melihat perubahan profesional ini secara positif. - Gambar hiasan
Tahfiz perlu turut dalami ilmu sains dan teknologi - Abang Johari
Tahfiz tidak seharusnya terhad kepada pengajian berkaitan agama saja, tetapi juga perlu dilengkapi dengan pengetahuan luas dalam ilmu sains serta teknologi.
Jasad pendaki Malaysia selamat dibawa turun dari Gunung Denali, Alaska
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad berkata jasad pendaki itu kini berada di pejabat kesihatan tempatan menunggu untuk dibedah siasat.
Lima projek mitigasi banjir berkos RM247 juta dilaksanakan di SPS
Lima projek mitigasi banjir jangka pendek dan jangka panjang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Seberang Perai Selatan.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong.
Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai
Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Kerajaan sedia pelbagai inisiatif bagi majukan TVET - Ahmad Zahid
Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memajukan Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) di negara ini.
Nahas helikopter TLDM: Keluarga Muhammad Firdaus terima dengan hati terbuka laporan akhir
Keluarga Allahyarham Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM menerima dengan hati terbuka laporan akhir siasatan.
Ibu hamil maut kemalangan motosikal
Pihak hospital memaklumkan mangsa dan anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia manakala suami mangsa tidak mengalami kecederaan.
Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal
Keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tergugur secara automatik.
AWANI Ringkas: Syarikat kapal milik Israel di Iskandar Puteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Singapura Lee Hsien Loong serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April.
Khamal Idris letak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC
KDA FC hari ini mengumumkan Khamal Idris Ali telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC setelah empat tahun menabur bakti bersama kelab itu.
Penting untuk lihat isu peletakan jawatan pegawai perubatan kontrak dalam pelbagai perspektif - MOH
Tindakan merumuskan peningkatan peletakan jawatan MO sebagai semata-mata disebabkan oleh salah urus mungkin terlalu memudahkan penyelesaian.
Emir baharu Kuwait terima peletakan jawatan kabinet
Kabinet akan terus berfungsi sebagai kerajaan sementara untuk menguruskan perkara-perkara mendesak sehingga Kabinet baharu dibentuk.
SDP umum peletakan jawatan Amir Hamzah Azizan sebagai ahli lembaga pengarah
Sime Darby Plantation Bhd (SDP) mengumumkan peletakan jawatan pengarah bukan bebas bukan eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Mohammad Agus sahkan hantar surat letak jawatan KP J-KOM
Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak.
Peletakan jawatan Mohd Rafiq perlu jadi teladan pemimpin politik - Faizal Azumu
Keputusan itu mencerminkan kualiti tinggi seorang pemimpin kerana mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini.
PRN Sarawak: PSB kesal tuduhan terbuka Aditajaya
Parti Sarawak Bersatu (PSB) kesal dengan tindakan Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi yang mendakwa parti itu memaksa beliau meminjam wang sebagai dana PRN 12.
Perkhidmatan awam tidak terkesan - KSN
Perkhidmatan awam tidak akan terkesan dengan situasi semasa negara, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.